Thursday, February 10, 2011

catan

Maksud catan

         Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut
(atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) sepertikert as,
kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia
merupakankerja yan ya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam rencana ini. Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekara penting dalam bentuk seni.
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak

Aliran-Aliran Dan Perkembangan Seni Catan Di Barat.
Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba dan ia digunakan untuk
menggambarkan kisah-kisah keagamaan.

• Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievel.
• Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik,
Klasik, Naturalisme.
• Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting.
• Abad ke-18. Aliran Romantisme.
• Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-
Impressionisme, Seni Nouveau.
• Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme,
• Surealisme dan Abstrak Ekspresionisme.
• War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal,
Seni Konseptual, Seni Landskap

Apakah yang ditampilkan dalam setiap aliran dan gaya-gaya catan
tersebut??

Aliran Realisme:
Pada era realisme, Setiap karya yang dihasilkan memerlukan fokus dan kreativiti yang tinggi bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi dan mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri.Setiap karya yang dihasilkan membawa maksud sebuah seni yang serius dan mendalam.Ini bermaksud setiap karya pelukis ketika itu dihasilkan dengan mempunyai agenda yang tersendiri dan bukan dihasilkan semata-mata untuk hiburan atau untuk satu produk yang boleh dinilaikan dengan wang. Pada masa itu diselitkan dengan mesej perjuangan dan keinsafan,lukisan pada masa itu menjadi medium untuk menyampaikan mesej dan propaganda pelukis pada masyarakat umum pada masa itu

Kiubisme:
Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga

Ekspressinisme:
Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang
dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang
kasar, kadang kala tidak menggunakan berus

Impressionisme:
Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih- tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta watak- watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnyapagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontantentang apa yang dilukis.


Pos-Impressionis:
Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri

Seni Baraque dan Rococo:
Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya tertumpu kepada objek.

Pos-Ekspressionisme:
             Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadap media dan bahan.

 Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme.

Futurisme:
             Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik. Pergerakan yang
dinamik.

Surealisme:
             Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar
minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak
logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan
pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Dadaisme:
Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep ‘kemusnahan juga merupakan penciptaan’.


Seni Pop:
Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi


No comments:

Post a Comment

Post a Comment